Sunday, October 10, 2004

The Apprentice

Looking forward tonight to watch The Apprentice(TA). Gempak giler. Macam tu rupanya orang bekerja di firm2 yang establish, ye? Kalau 2-3 bulan lepas, aku berangan nak keje ngan Gomen, mentadbir dengan penuh diplomatik. Dah dapat, dah pegi orientation, aku pikir2 balik. Mampu ke aku? Aku? Buat management? Management la subject masa U yang paling aku menyampah(walaupun aku masuk U pengurusan!) Tapi bila pikir2 balik (baca: kena psycho ngan bos), aku mana la ada bakat nak mengorganize kerja. Kerja sendiri pun kelam-kabut, ini nak uruskan orng. nak ajak opismate aku meeting ISO pun, payah. Pulak nak arah CC aku reply surat. Nyorok bawak meja, kang! Tapi bila tengok siri TA nih, banyak bagi pengajaran utk aku. Paling bermakna, macamana nak mempertahankan diri semasa berhadapan dengan bos. Apa skill2 yang perlu utk belasah balik penangan bos yang tengah meledak. Aku bersyukur skang aku keje di bawah bos yang kira baik la meng'cover' apa yang anak buahnyer dah buat. Sekurang2nya, hujan lebat bos besar dah macam renyai2 je utk aku. Aku tak boleh bayang, aku berada di tempat si Sam or Jason or sesapa ler time menjawab ngan Mr Trump. Maunyer terkencing menjawab soalan cepu mas. Dah la aku nih lambat berfikir...hehehe. Tapi apa pun, kira aku kagum la ngan diorg nih. Kat Msia, aku rasa memang ada, tapi aku tak penah jumpa, even dalam opis aku sendiri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home